Selasa, 8 Mac 2011

SEBENARNYA BANYAK KURNIAAN YANG ALLAH SWT ANUGERAHKA N ( Part 11 )

Lama jugak aku bertapa tak menulis update blog....mungkin tiada cerita menarik atau mungkin malas. Catatan terakhir pun masih tentang cerita diriku yang terhenti bila aku dah mendaftar diri sebagai seorang mahasiswa ITM. Aku merasakan cerita aku tak menarik untuk dibaca kerana tiada siapa nak beri ulasan/komen. Bila pagi tadi aku bukak blog aku ada komen dari "en-me" dan ada permintaan dari kakak aku Fatimah agar aku menyambung catatan aku...aku bermotivasi semula untuk menulis biarpun "aku menulis bukan kerna nama".

Aku mendaftar sebagai mahasiswa ITM Shah Alam ditemani oleh arwah abah, arwah mak, dan Datuk T. Aku tak ingat Datin S ikut sekali ke tidak. Naik kereta mini Honda Civic dua pintu Datuk T yang aku masih ingat no pendaftarannya "WK 8579". Bermulalah kehidupan sebagai pelajar dan melalui minggu orientasi am dan orientasi ( induksi ) peringkat kajian/fakulti. Aku selalu menggunakan alasan saiz badan aku untuk mengelakkan dari melakukan aktiviti yang diaturkan. Kalau pelajar lain kena berjalan dan berlari...aku akan naik kenderaan ITM dari satu tempat ke satu tempat. Selamat beb...

Kursus yang aku ambil memang menjadi minat aku. Selain subjek melukis, ada subjek lain yang wajib diambil iaitu Sejarah Sosial, Sejarah Seni, Pendidikan Islam, dan Bahasa Inggeris. Yang paling aku risau ialah subjek Bahasa Inggeris kerana markah lulus adalah 70% baru dapat GPA 2.00. Bahasa Inggeris aku pulak lintang pukang...yang aku tau "yes-no-very good...k**t** cino mangut-mangut". Sepanjang pengajian aku di ITM, kak Mah yang membiayai aku iaitu duit yang sepatutnya dikirim kepada arwah abah dan mak diberi kepada aku. Setiap hujung bulan aku akan ke rumah Kak Mah di Jalan Klang Lama. Selain itu kakak-kakak yang lain juga turut sama menghulur. Thank you very much. Aku mendapat bantuan dermasiswa bernilai RM1500.00 setahun tapi memang tak mencukupi kerana peralatan dan bahan seni amat mahal... namun aku masih beruntung kerana yuran pengajian dan asrama serta makan hanya RM90.00 satu semester... terima kasih MARA.  Sedap tak sedap makan ajela asal tak lapar. Bila hujung minggu nak makan yang istimewa dan lain dari makanan di asrama aku akan bergilirla....minggu ini rumah Datin S, minggu depan rumah Kak Kay dan minggu satu lagi rumah Kak Mah.

Semester 1 hingga 3 aku tinggal di Asrama Jati di Seksyen 2 dan lepas tu pindah ke Asrama Perindu sampai grad. Empat semester aku terpaksa menapak pergi dan balik dari rumah ke School Of Art. Jauhnya lebih kurang 1.5 km tapi jalannya berbukit....yang peliknya tak kurus gak. Bila masuk tahun tiga ada seorang senior yang nak grad nak jual motosikal Suzuki tahun 1981 dengan harga RM150.00 tanpa road tax. Fikir punya fikir aku pun beli motosikal tu...aku tukar nama dan hidupkan roadtaxnya. Ahhhhhhhhh...lega sikit biarpun kapcai buruk. Platnya BBC 7009 dan kapcai ni abah dah bagi kat Maat. Dengan kapcai ini aku mula belajar jalan-jalan di KL hingga ke Gombak. Biar pun buruk...salalu jugak member pinjam... aku tak kisah yang penting tuang minyak.

Kat ITM ni aku bukan kaki study.... aku tak pernah bercita-cita untuk dapat markah tinggi bagi aku asal lulus...ok dah... dan akibatnya keputusan BI aku untuk semester pertama gagal dan terpaksa mengulang di semester kedua. Alhamdulillah lulus untuk level 1. Kemudian level 2 sekali ambil dah lepas....dan level 3 dua kali juga ambik. Bagi yang terror semester 2 dah habis dah BI. Aku sampai Semester ke 5 baru habis.

Di ITM ni aku dapat geng yang serasi iaitu Bakri ( sekarang jd cikgu di MTD ) dari Pt Yaani dan Fuad  ( sekarang dah jadi lecturer di Uni. Sabah ) dari Senggarang. Kami bertiga kebetulan Jaworld dan kami bertiga memang berminat bidang Seni Lakon dan kerap buat persembahan di ITM dan cawangan ITM. Kami memang agak top kat School or Art. Glamour gitu... bila nak buat persembahan memang promosi hebat dan penuh oditorium dengan studen dari kajian lain. Masa tu pelakon Jalil Hamid masih jadi jurulatih teater di ITM dan memang rapat dengan kita orang.

Pernah suatu ketika Jalil Hamid dan Zaibo bawak kita orang buat persembahan di Mini Malaysia Melaka. Dapat bayaran RM 50.00  siap makan...rasa besar nilinay masa tu... kemudian Central Market ( Pasar Seni ) pun ada jemput buat persembahan...UPM pun jemput buat persembahan di Pesta Konvo.

Pada semester 7 kami perlu buat praktikal. Cari punya cari kami aku dan Idris ( budak batu 17 ) dapat praktikal di Bahagian Grafik & Cetakan  MARDI Serdang. Bahagian ini banyak buat kerja-kerja grafik seperti buku, kalendar, backdrop dan sebagainya. Kami agak beruntung kerana pekerja2 memang baik dan sentiasa membantu. Bila hasil ladang MARDI dipetik ia akan dijual kepada kakitangan dan kami dapat juga membeli. Yang syahdunya kami diberikan asrama driver yang datang ke Serdang dan tak sempat balik. Ia bersebelahan dengan bengkel/pondok penanaman cendawan. Sewanya ikut hari...sehari RM2.00. Okla...ada katil, tilam dan dapur. Bila malam memang sunyi kerana hanya sebiji rumah di ladang.

3 ulasan:

  1. ha..ha..ha..he..he..he.. bertuah dapat jadi sahabat kalian, memang tak kering gusi kalau berdepan dengan kalian, periang, kelakar, suka menyakat.. namun baik budi pekerti..sampai sekarang pun masih terbayang-bayang gelagat kalian..kalah Senario dan Raja Lawak, sangat berbakat..rindu saat saat di kampus dulu.

    BalasPadam
  2. yin kot betiga...Bakri n Fuad@ Belangkas tu kan..heheh cam DO RE ME tau...

    BalasPadam
  3. BOLEH tulis novel NI TUAN. Saya akan jd pembeli yg pertama.

    BalasPadam