Jumaat, 25 November 2011

SELAMAT JALAN S/U SUKAN SMK KOTA KULAI

Hari ini dlm kul 10.45 pagi kami merancang untuk mengadakan farewell party untuk s/u sukan aku di SMK Kota Kulai. Majlis tu di adakan di Hotel Sayang dan antara yang join ialah aku, cikgu Kamal, En. Zainal, Mahathir ( selaku orang kuat dan s/u kokurikulum aku ), Megat ( pengganti s/u sukan ), Azri, Shahrul, Hafiz n isteri, Yatt, Ayu, Izzatul dan Wan.
 Ini saje cenderamata dari saya...dah jangan bersedeih.

 Satu jempol...satu jentik.

  Makanan baru dihidang.

 Mantan pengetua dan mantan PK HEM.

 Antara menu ayam masak lemon, daging masak black pepper, udang goreng tepung, kangkung goreng belacan, tomyam seafood, tauhu jepun masak thai sos dan sea coconut juice.

 Wah berselera makan...

 Makan Rul...jangan bersedih.

 Apa lagi yang kurang Yatt...order je...

Ni air mat a sedih ke gembira Rul...All the best.

Semoga Azirul akan bergembira di samping keluarga dan mendapat rakan2 baru serta sentiasa success. Sepanjang sembilan tahun menjadi GPK Kokurikulum ramai yg telah menjadi s/u sukan aku dari Cikgu Noriana yg balik ke Kelantan, kemudian Ustaz Azran yg pindah ke Bdr Tenggara, pastu Sukri yg menyambung pelajaran, Shahir yg balik ke Perak dan Azirul yg balik ke Kedah. Biarpun siapa pun yang akan mengganti...hidup perlu diteruskan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan