Isnin, 28 November 2011

JAGONG DAN KELADI

Hari tu aku ada melawat blog Cikgu Mat Som Sodono under tajuk "Panorama Desa" yg memaparkan Projek Korporat PPK Seri Medan dan nampaklah ladang jagong yang subur menghijau dan jagong kalau baru petik mesti manis. Jagong ni tak macam keledek. Kalau keledek makin lama simpan makin manis tapi jagong kalau lama simpan hilang manisnya. Best kalau hujan2 cam petang ni dapat makan jagong panas2.
Sedang aku layan fb atas katil "ting-tong". Siapalah pulak hujan2 ni...dan bila tengok kat pagar ... s/u kokurikulum aku Cikgu Mahathir. Bila aku bukak gate dan pelawa dia masuk...dia menghulurkan karung. Dia cakap ada jagong dgn keladi. Fulamakkkkkkk...pucuk dicita ulam mendatang. Dia kata keladi ( tak pasti keladi apa ) dia cakap nanti boleh goreng masa kenduri. TERIMA KASIH Thir...terima kasih daun keladi...eh memang bukan daun tapi betul2 keladi.

Dia kata dari kampung kat Air Manis lepas hantar emaknya ambil result."ct-scan" kat specialist hospital. Mak dia kata ada ketulan di payudaranya... so hari ni resultnya.

Hanya ucapan simpati yang mampu ku berikan. Harap bersabar. Dr kata baru tahap 2 dan dr kata kena buat pembedahan. Mata yang memandang tidak seberat bahu yang memikul.  Semoga selepas pembedahan mak Mahathir akan sembuh. Insyaallah.

So berbalik kepada kisah jagong dan keladi.

 Ini le jagong tak kurang 15 biji.

  Rapat... tak de ompong.

 Bersedia untuk disauna.

Ini keladi...nanti boleh goreng masa minum petang
atau sarapan pagi.

 Yessssss...bersedia untuk dingapppp

 Tu diaaaaa....mmg rapat.

Sedap tu...hujan2 dapat jagong free.

Sekali lagi terima kasih Mahathir. Sebenarnya hari tu tempah pecal dari mak Mahathir untuk kenduri tapi dah mak dia tak sihat...tak pe lah. Berehat dan berdoa agar cepat sembuh. Pecal mak dia memang sedap style orang kampung punya resepi. Ok ini saje n3 aku kali ini...



3 ulasan:

  1. wah yg tanam jagung tu kompom gigi dia tak ronggak...sebab tu jagungnya rapat2

    BalasPadam
  2. Banyak-banyak jagung, jagung Free yang paling sedap. Ngences aku ndelok kakang mangan jagung kuwi.

    BalasPadam
  3. yin...keladi tu buat pengat keladi nanti masa kenduri umah ko....sedap tu.....cikgu MS ko tak jemput sekali ke...hehehe

    BalasPadam