Khamis, 17 November 2011

SIAR TAPI TAK SAMPAI MESEJ UNTUK PARENT

INI YANG AKU TULIS


Syabas, tahniah dan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana memahami masalah ibu bapa untuk membeli keperluan persekolahan untuk anak-anak terutama yang berpendapatan sederhana dan rendah dengan memberi bantuan sebanyak RM100 kepada anak-anak yang bersekolah. Bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan ibu bapa menjelang persekolahan anak-anak di tahun hadapan. Pihak sekolah mula mengagih-agihkan bantuan tersebut beberapa hari yang lalu melalui ibu bapa atau murid itu sendiri. Kepada ibu bapa diharapkan dapat menggunakan bantuan tersebut untuk persekolahan anak-anak dan tidak menggunakan wang tersebut untuk tujuan lain. Kesungguhan dan komitmen ibu bapa untuk menuntut bantuan tersebut melalui pihak sekolah memperlihatkan ibu bapa bertanggungjawab memastikan bantuan tersebut digunakan untuk keperluan persekolahan anak-anak. Sikap ini juga diharapkan ibu bapa akan sentiasa menjalin hubungan baik dengan pihak sekolah seperti menghadirkan diri dalam setiap jemputan ke sekolah seperti mesyuarat PIBG, Hari Terbuka, Sukan dan sebagainya untuk sama-sama memastikan anak-anak mencapai kecemerlangan dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah.



INI YANG DIEDIT OLEH EDITOR BERITA HARIAN 17 NOVEMBER 2011 DALAM RUANGAN SURAT DAN EMAIL.

Bantuan ringan beban ibu bapa

2011/11/17

SYABAS dan terima kasih kepada kerajaan kerana memahami masalah ibu bapa untuk yang berpendapatan sederhana dan rendah dengan memberi bantuan RM100 setiap pelajar. Bantuan ini dapat meringankan beban ibu bapa menjelang persekolahan tahun depan.

Pihak sekolah mula mengagihkan bantuan itu beberapa hari lalu melalui ibu bapa atau murid itu sendiri. Kepada ibu bapa diharapkan dapat menggunakan bantuan itu untuk persekolahan anak dan bagi tujuan lain.

Kesungguhan dan komitmen ibu bapa untuk datang sendiri ke sekolah untuk mengambil bantuan itu memperlihatkan ibu bapa bertanggungjawab memastikan wang berkenaan digunakan untuk keperluan persekolahan anak.



WONG KHOO LAI,

Johor Bahru.

1 ulasan:

  1. Tahniah. Seorang penulis tetap suara rakyat.
    Semoga bantuan itu berterusan untuk pada masa akan datang. Kerana bagi org yg susah, bantuan itu amat diperlukan mereka, di samping tidak ada golongan agama lain yg mengambil kesempatan dgn membantu golongan ini, sedangkan mereka umpama bertangguk di air keruh. Maka bantuan kjaan memang kena tepat pada masanya.

    BalasPadam