Jumaat, 3 Disember 2010

HARI INI GI COURTS...HAH!?

Seawal jam 7.00 pagi dah keluar rumah menuju kearah JB...SMK Sultan Ismail. Hari ini mesyuarat kali pertama penandaan kertas BM1 SPM...so Tanty tahun ini masih diberi tanggungjawab untuk menanda untuk tahun ke 9. Walaupun tanggungjawab ni kira berat tetapi ia dapat membantu semasa proses pembelajaran di kelas. Perjalanan sejauh 35 km dari rumah...kena set untuk tuntutan perbatuan. Selepas menurunkan Tanty kita orang berdua cari tempat untuk sarapan...so singgah le di warong sebelah masjid jamek Kolam Air. Dalam perjalan balik ke Kulai singgah petronas...isi petrol.

Semalan Cikgu Mahathir beritahu Courts buat  jualan besar2an dan diskaun sehingga 50% bagi barangan terpilih...tawaran hebat "Door Buster" harga dari RM1.00. Masalahnya kena beratur untuk mendapatkan kupon. Antara barangan bangku bular RM1.00, rak kasut RM5.00, mixer RM39.00...dan beberapa barangan lagi. Aku sampai dalm kul9.30 pagi dan aku tengok dah ada orang beratur., tapi belum ramai sangat so aku cuba nasib kebetulan ada parking. Aku rasa aku orang ke 25. Berdirilah pulak... makin lama makin ramai tak kurang 150 orang.

Brochure Courts.

Masa ni aku ada hot sikit... dan macam nak sound kat awek gedik yg memotong Q. Mula2 dah kena halau utk beratur tapi bila pekerja tu pergi mula nak poton Q lg. Aku nak sound tapi x-student ada kat belakang aku. Bila pintu dibukak dia mula mengimpit nak masuk Q. Yg panasnya ada mamat courts cair dgn awek ni...tak berani bertegas. Awek ni layan mamat ni...berbual sehingga dapat mencelah...kat depan aku pulak tu...

Bila sampai turn aku aku tak tau nak beli apa...pagi ini utk beberapa barangan terpilih. Aku nak cari DVD Player Sony coz kawan aku cakap cuma RM89.00 jerr... lagi pun org dah tak pakai vcd lg. Bila sampai atas aku cakap nak dvd tapi pekerja tu cakap utk barang tu selepas jam 12.00 tgh nanti. Aduimak...dah le beratur hampir sejam,,,tiba2 barang yg nak dibeli tak de...so fikir punya fikir tak kan tak nak beli apa2...so aku nampak meja tulis...sesuai utk Harith berharga RM29.00 so aku belilah...dan balik rumah...pasang.

Meja harith yg baru siap pasang.

Siap pasang dekat kul 12.00 tgh...aku ajak Harith ke Courts sekali lagi kot ada rezeki barangan murah dan tak mengharap sangat. Sampai Courts cam tak sesak...so masuk le... sampai dlm ada pekerja Courts tegur aku..."Cikgu...nak cari apa cikgu...?". Aku pun tak ingat studen aku dr sekolah mana coz tiga sekolah aku mengajar di Kulai....so aku cakap le nak cari dvd player...dia suggest ambik Sony DVD Player kerana less 50%...so harganya tinggal RM89.00 jerr...memang dah rezeki aku so aku terus setuju dan bayar. Balik singgah kedai cd beli dvd piretes 2 keping.

DVD Sony Player masih dlm kotak.

Ok...kita bukak....

Jom...tengok Senario Asam Garam.

Ok...success....

Alamak Tanty dah call...suruh amik dia kul 4.00 ptg....jom Ris...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan