Rabu, 1 Disember 2010

KUCING OH KUCING

N3 kali ini bukan nak cerita tentang bercuti ke Kuching atau kesegaran "air mata kucing" atau kesesakan lalu lintas di Jalan Kuching...tapi tahap kesabaran aku terhadap haiwan bernama kucing. Aku bukan benci pada kucing dan suatu ketika dulu semasa awal perkahwinan di rumah sewa memang aku bela kucing mendatang sebanyak 3 ekor. Aku terhibur dgn perangai kucing yang faham bahasa. Ada seekor yg pasti menunggu di pintu rumah setiap kali aku balik dari sekolah. Ada yg pantang dengar aku start kereta dan bila buka pintu kereta dia akan masuk dan duduk kat sebelah kepala aku di seat kereta. Bila malam terjaga pasti ada 2 ekor kucing tidur atas katil sebelah tapak kaki. Bila Tanty dah masuk hari2 terakhir sebelum bersalinkan Harith aku pindahkan kucing2 tersebut di tempat yg mudah dia cari makan. Sebenarnya sedih nak pindahkan tapi takut bulunya memberi alahan pada baby.

Dulu ada kucing jiran aku yg hujung tu selalu masuk rumah aku.  Dia ni mmg bela lebih dari 5 ekor kucing. Aku tak kisah nak bela 50 ekor pun. Satu hari aku dapat tangkap dan pindahkan kat pasar Kulai. Pernah jugak tuannya bercerita kucingnya hilang seekor. Aku senyap je la...

Sekarang ni ada kucing siam jantan jiran sebelah rumah betul. Kucing ni mmg kira playmale ( kalau orang playboy ) kebetulan ada 3 ekor kucing betina. Memang aktif le mengaw**. Jiran aku sendiri tak benarkan dia masuk rumah waktu malam...so setiap pagi mengiaw le kesejukkan kat depan pintu. Ni yg selalu masuk dapur rumah aku ada dua beranak, sikelabu dan sitempang. Dua beranak la yang selalu masuk... tak boleh lepa sikit...ikan/ayam tengah nak cairkan aiS.. dikebas, tak boleh letak makanan tak bertutup...pasti dikebas.

Nak cuba tangkap dan pindahkan tempat lain tapi tak boleh nak tangkap. Terfikir nak racun tapi member2 cakap jangan...kesian...menyiksa...tak baik...nanti kena badi. Korang tengok le aktiviti dua beranak yg sempat aku rakamkan secara candid.






Kalau korang menghadapi situasi cam aku apa tindakan korang. Boleh bagi idea... aku bukan tak pernah bagi makan...kalau siang ayam, kulitnya memang aku campak bagi dia.. kalau siang ikan...isi perut aku bagikan...begitu juga kalau ada lebihan makanan yg sesuai... aku bagi jugak. Tak kan nak belikan frieskies...sorry la bukan kucing aku...kesabaran nak hampir maksimum ni...sebenarnya bukan kucing ke yg minat kat rumah aku ni... binatang lain ada gak...anjing banyak2 rumah depan ruamh aku dia melepas...kat rumput karpet lagi...katak pun gitu gak...anai2 aku dah panggil pest control dah kena RM1400.00... tikus dan operasi menghalau... burung pun hinggap kat gril dapur dan melepas....tension!!!! Nak kata rumah aku kotor...Alhamdulillah bini aku rajin membersih/mengemas...atau binatang memang suka tempat yg bersih/kemas...????

WAALLAHUALAM

4 ulasan:

  1. Dah nama binatang, mmng dia x pnya akal nk wat camne.Aku ada sound pak cik dpn rmah aku tu, dia lastik kucing 2x berdarah2 kepala kucing tu.Aku ckp jgn....badi kucing kuat.Ko x igt ke arwah abah dulu lastik burung yg mkn jambu bol, last2 dgn kuasa tuhan batu tu melantun kt dahi.Bedarah2.Hakikatnya jgn ler menganyia binatang.Kalau kt dapur tutup pintu settle masaalah.

    BalasPadam
  2. Bahreyn,

    Rumah saya ni pun ape kurang. Beraneka jenis kucing, lawa hodoh dan mcm2 color mesti nak singgah. Anak2 pulak jenis sukakan kucing. Bila mula bg makan alamat rumah kitalah ditujunya siang mlm.

    Ni ada sekor mak kuncing tgh tunggu hari nak beranak..ni yg saya paling takut. Dia dah mula tinjau satu rmh atas bawah cari port nak bersalin. Anak2 n suami jenis tak sampai hati tetap dilayan kasi mkn. Mujur area rmh saya tak de anjing sbb 99% org melayu.

    BalasPadam
  3. ok lah yin...rumah kau dah jadi ala-ala Zoo Mini gitu....tak yah gi zoo. bilehbaut kawan harith apa...heheheh. sebenarnya aku pun tak suka bela binatang..kucing pun tak suka sementelah aku alahan pada bulu kucing...kalau aku kucing wat cam tu...aku jerit satu taman..hehehehe tak pun cakap jer akt tuan punya kucing tu..kalau nak bela kucing pandai2lah bagi makan...

    BalasPadam
  4. Senang aje. Sediakan spray gun atau botol spray yg diisi air. Bila u nampak aje dia nak panjat tingkap ke nak masuk melalui pintu aje. Spray kat diorg. Pasti akan lari lintang pukang. Buat setiap kali diorg datang. Diorg akan lebih berhati-hati dan takut nak masuk rumah u nanti.

    BalasPadam