Isnin, 14 Februari 2011

SEBENARNYA BANYAK KURNIAAN YANG ALLAH SWT ANUGERAHKAN ( Part 10 )

Maka kembali ke sekolah sebagai pelajar form six atau nama glamournya pra-U. Aku berada di lower six hanya kira2 sebulan lebih dan lepas tu cuti sekolah dah. Masa tu kira berduit sikit le aku sebab Limin balik bagi gaji terakhir aku. Satu peristiwa kat dalam kelas ada dua orang pengawas masuk untuk mengutip derma dan aku dah lupa derma apa. Selok2 poket tak de duit syiling atau ringgit. Yang ada beberapa not RM10.00... tak bagi cam malu so dalam keadaan berat aku hulur RM10.00. Uhhhh...tahun 1983 rasanya RM10.00 tu satu jumlah yang besar bagi seorang pelajar.... tak tau la Allah swt terima ke tak derma kau... Wallahualam. Aku tak ingat samada aku dapat pinjaman buku teks atau tidak... yang aku tahu aku banyak beli buku dan antaranya yang aku ingat Sejarah Melayu, Sejarah Islam, Sejarah Asia Tenggara, Ekonomi Micro, Ekonomi Macro dsb. Aku pun tak tau subjek apa yang aku nak ambil masa upper six so akhirnya aku ambil BM, Kertas Am, Sejarah, Geografi dan Lukisan. Buku ekonomi yang aku beli aku jual kat member yang ambik ekonomi. Kat SDBL masa tu kira senior la...walau pun apa yang aku belajar. Yang betul2 aku belajar subjek lukisan walau pun diajar di luar jadual waktu iaitu hari Rabu seminggu sekali dari jam 2.00 ptg hingga 5.00 petang. Oleh kerana memang aku minat aku sanggup tunggu. Bila subjek ekonomi...pelajar yang tak ambik ekonomi akan masuk ke library...konon study. Kat library SDBL ada satu bilik berhawa dingin kononnhya untuk memberi keselesaan kepada pelajar. Aku ngan 7-8 orang yg tak ambik ekonomi masuk bilik ni bawak buku tebal2. Mula2 tengok buku lepas tu main jentik bukak buku...siapa mata terendah kena jentik. Pastu ada pulak geng suggest taruh duit pulak... 5 sen - 10 sen. Sampai bab ni stop le aku...kang tak pasal2 habis duit minyak motor aku. Oh ya terlupa sebenarnya masa upper six arwah abah dah tukar motor Honda C70 baru... JAP 6170. .. so aku gi sekolah naik moto ni le... kalau arwah abah ada nak keman-mana aku naik bas atau teksi le... Kalau naik bas biasanya terlambat sampai coz kena naik sampai stesyen dan ambik bas Broleh... pernah jugak aku naik bas Lian Hoe berhenti kat traffic light Jalan Bakau Condong....pas tu menapak hampir 2km ke SDBL. Berpeluh atas bawah... Kalau naik teksi dihantar sampai simpang masuk SDBL so jalan tak jauh sangat...tapi tambang teksi RM2.00. Naik bas baru 60 sen coz aku pakai uniform sekolah walau pun konduktor bas tengok aku dari atas sampai bawah....

Masa upper six ni aku cuba mohon maktab  perguruan. Kali pertama cuma dapat sampai ujian ( UKELP ). Masa ni jugak aku banyak memohon untuk menjadi kerani atau juruteknik...penyelia Felda dan sebagainya, Kerap jugak aku gi temuduga. Kalau area JB memang abang long kena hantar dan kalau KL Datuk T la yang hantar. Aku mohon dan terus mohon....namun belum berjaya. MDBP, MDK dan mana2 aje la... Maktab pun aku mohon lagi jugak Aku dipanggil lagi untuk menjalani UKELP. Tak lama lepas tu berjaya dapat temuduga kat SM Infant Jesus, JB. Lepas temuduga aku dah agak tak dapay coz aku tak dapat jawab soalannya... nak kata susah sangat tu tak le tapi pasal aku tak minat sejarah...tak dapat jawab le... soalannya "Cuba awak ceritakan peristiwa 13 Mei".... aku tak nak cite apa yg aku jawab...memalukan... dan di tahun berikutnya aku sudah tidak layak untuk memohon jadi guru maktab kerana kelayakan kemasukkan telah dinaikkan. Calon mestilah sekurang-kurangnya lulus Hisab Moden. Hancurlah harapan nak jadi cikgu maktab.

Suatu hari dengan takdir Allah swt aku saja baca iklan kemasukkan ke ITM ( UiTM sekarang ) bila aku baca...eh..eh... aku layak ni.... so mintak duit abah untuk beli borang...tak salah RM10.00. Isi dan hantar. Sebenarnya nak memohon ni pun satu hal gak... duit tak de... borang dan RM10.00, fotostat sijil dulu sehelai 50 sen kat kedai Mei Lai , gambar RM10.00 lagi. Kadang2 naik malu dengan arwah abah... ye la pendapatan abah pun bukan banyak. Abis nak mohon kerja semua perlu fotostat sijil bersama 3-4 keping gambar.  Kalau aku ada duit pemberian kakak-kakak bila dia balik kampung aku gunakanla...

Aku mendapat panggilan temuduga ITM di JB namun ia belum rezeki aku. Sampaila peperiksaan STPM aku jalani dan jawab apa yang aku tahu tapi yang menjadi kenangan aku bila ambik periksa lukisan. Pengawas2 kelilingi aku coz apa yang aku buat memang menjadi dan aku boleh terdetik..."Tak kan cam ni tak boleh dapat PA". Lukisan gubahan fikiran aku buat tajuk mekanik sedang membaiki sebuah kereta di bengkel. Masa tu tengah top kereta Ford Laser TX3. Kawan Kak Long iaitu Cikgu Sabariah Kasmin baru beli kereta tu dan parking kat pondok rumah abah. Gambar kat majalah pun banyak so aku berlatih lukis gambar kereta...so masa peperiksaan memang sebiji jadi....Platnya aku tulis nombor pusat peperiksaan J 21. Sebelum pencen kawan Kak Long ni GPK HEM, SMDS hingga 2008.

Selepas STPM aku jual anggur kat kampung selain tolong abah yang terlarat, kadang2 ketua kampung Hj Basiran ( Sipon ) mintak aku petik buah sawitnya.... kadang2 angkat tanah merah untuk tambak jalan. Aku juga mula aktif dalam politik kampung. Aku dilantik sebagai Jawatankuasa Biro Pendidikan. Aku memang rapat masa ni dengan Lias. Pagi, petang, malam selalu dengan dia. Aku jugak gunakan kemahiran aku melukis mural pada dinding Balai Raya ( yang lama ). Pernah jugak kita orang anjurkan pertandingan bola sepak 7 sebelah di SMDS dan pertandingan badminton. 

Bila keputusan STPM dikeluarkan aku cuma mampu dapat 2 principal dan 3 subsidary. Kertas Am "E", Lukiasn "A:, Sejarah, BM dan Geografi lulus sebahagian.  SiKalsom  yang ambil SPM mendapat kputusan cemerlang pangkat 1 dengan 12 agregat kalau tak salah aku. Aku mohon lagi untuk ambil STPM... mulanya abah kata tak payah la...ambik je semual SPM. Kak Long pun kata ambil semula SPM tapi aku nekad nak ambil STPM dgn 4 subjek tanpa Lukisan... dulu sijil STPM boleh cantum2 untuk beberapa kali ambil.  Bulan Jun 1985 Som dapat tawaran mrlanjutkan pelajaran ke UTM Skudai.  Ini satu cabaran buat aku ...  aku syukur Som dapat UTM dan pada masa yang sama aku mesti nak masuk IPTA gak sekurang-kurangnya politeknik. Aku ada hantar permohonan ke politeknik dan pada masa yang sama aku mohon semula ITM. Abah kata tak payak la sebab yang pertama pun tak lepas...nanti yg kedua pun sama. Aku nekat mohon gak....tak lama lepas tu dapat temuduga di ITM, Shah Alam. Masa ni yang hantar aku hubby Kak Kay dengan menaiki motosikal RXS. ( masa tu masih tunang lagi ) Sampai kat School Of Art & Design agak awal dan sempat berjumpa Idris anak Salleh yang masa tu dan sem 1 final year.Dia pun bagi beberpa tip masa ujian melukis dan soalan2 yg mungkin ditanya. Masa temuduga berjalan dalam suasana happy... antara soalannya apakah aktiviti seni yang pernah aku buat. So aku cakapla pernah melukis mural... jawapan amat disenangi kerana aku dapat gunakan istilah seni "mural". Kemudian dia lihat slip STPM aku lukisan dapat "A" memang kuat la...

Hari terus berganti hari... sampailah masanya ambil STPM secara persendirian di SM Kolam Air bersama Suhaimi Ali. Pada hujung tahun ni Kak Kay melansungkan perkahwinan dan Wan Safie...  Dalam aku menduduki STPM aku menerima  surat tawaran ke ITM Shah Alam kursus Dip. In Art & Design. Ya Allah Aku sesungguhnya bersyukur dengan kurniaanMu. Alhamdulillah.  Aku terus tak hadir peperiksaan seterusnya.

Hujung Disember 1995 aku mendaftar sebagai seorang mahasiswa ITM...sementara Idris Salleh yang sama2 dalam satu kelas masa form 5 dah di semester akhir di tahun akhir... dan aku baru semester 1 tahun pertama.  Syukurlah kehadrat swt....biar pun aku dah terlambat namun masih diberi kesempatan untuk belajar di sini... dengan kursus yang sama diambil oleh Idris Salleh. Mungkin rezeki aku belum sampai... mungkin ada hikmahnya.

1 ulasan: