Isnin, 13 Disember 2010

BUAH-BUAH PRIMITIF

Dalam blog aku yang lepas aku ada bercerita mengenai buah belinjau/melinjau dan buah dabai so aku rasa aku nak buat n3 mengenai buah-buah primitif yang pernah aku makan zaman kanak-kanak masa aku bersekolah di SK Seri Chantek, Parit Sentang Batu. Antara kawan-kawan yang masih aku ingat tapi dah lost contact ialah Baharom Hashim seorang guru, Bajuri Janamin graduan kejuruteraan, Md Parit Kiman anggota polis dan ramai lagi le...Baharom dan Bajuri adalah kawan rapat aku kerana namanya bermula dengan huruf "B". Baharom duduk di Bt 22 cucu kepada pengusaha kantin sekolah iaitu Wak Jalil. Rumah Wak Jalil ni besar dan di kelilingi pokok buah-buahan termasuk yang akan aku cerita dalam n3 ini.

Kita orang bersekolahan kebangsaan pada sesi pagi dan sekolah agama pada sesi petang. Dulu orang panggil sekolah agama sebagai sekolah petang. Waktu perantraraan antara sesi pagi dengan sekolah agama agak panjang so pada masa ni aku ngan Baharom suka keluyuran kat keliling rumah Wak Jalil untuk mencari buah yang boleh dimakan. Antaranya...jeng...jeng...

Buah nam-nam.

Itulah nama yang aku dapat dari internet. Dulu Baharom kata nama jaworldnya k****l  kambing.  Rasanya tak le sesedap buah pir atau aprikod. Kalau muda memang masam dan kelat tapi bila dah masak rasanya masam-masam manis. Ada legi sejenis buah tapi tak de dlm internet iaitu "pinang jepon" yang boleh dimakan. Sebelah "laut" istilah orang dulu darat dan laut SKSC ada dua buah rumah rumah iairtu rumah Tahir tukang kebun sekolah dan rumah maknya Wak kanah ( mak kepada dr Latip). Cucu Wak Kanah ni kawan aku gak  namanya Idris tak tau kerja apa sekarang. Kat rumah Wak Kanah ni ada beberapa pokok buah primitif iaitu buah mertega.

 Buah mentega yang masih muda. Memang tak boleh makan.

Buah mentega yang telah masak tapi kena hilangkan miang
dia dulu guna sabut kelapa atau rumput kat padang.

Rasa dia kira sedap gak...manis cam epal merah yang tak rangup. Aku selalunya dapat percuma dari siIdris coz time perikasa sekolah agama aku bagi dia tiru aku...ala biasala dulu2 mesti tiru kitab punya...siIdris ni pulak walaupun bawak kitab tapi tak tau cari jawapan coz kurang mahir baca jawi...kira rasuah le ni...

Ini namanya jambu mawar.

Jambu mawar ni aku rasa memang sedap, manis dan wangi.  Dulu kalau balik dari kebun lalu depan rumah Asan Blondo Pt Hassan Ahmad ambil kesempatan petik buah jambu mawar. Kak Mah tanam pokok ni kat sebelah rumah dan sempat berbuah tapi akhirnya ditebang arwah abah sebab tak komersil.

Ni namanya timun tikus.

Timun tikus ni biasa tumbuh liar di celah-celah barisan pokok nenas. Rasanya cam timun... tak le sedap tapi bedal gak.

Buah letup-letup.

Dalam internet dia tulis buah letup-letup tapi bagi family Hj Omar lebih glamour dgn nama jaworld "cimpluan". Gambar di atas buah ini masih dalam kelongsong dia. Yang dimakan dalam dia bentuk bulat. Masa muda berwarna dan bila dah masak berwarna kuning pekat. Kalau kebun nak tanam semula biasanya dia tumbuh. Sekarang ni kalau gi kedai kek ada buah serupa ini.. Sama ke tak...tak tau le...

Ini pun buah letup-letup.

 Yang ini buah letup-letup tapi pokoknya menjalar. apabila masak buah ini berwarna kuning dan dalamnya boleh dimakan. Rasanya masam-masam manis.


Ini dikenali sebagai buah jambu bol.

Jambu ni memang sedap...mables... bila dah masak. baunya harum. Kat kampung kita orang ada lagi pokok ni dan yang pandai petik cuma Mummy Gee. Kadang2 ada yang tak membesar terus merah dipanggil jambu bujang.

Ini sejenis jambu air dikenali dgn nama jambu bertih.

Ini dinamakan jambu botol kerana bentuknya panjang.

Ini dinamankan jambu gajus/jagus.

Dulu kat kebun jiran kita Wak Sarkonah ada pokok ni. Sebenarnya yang biasa diambil adalah bijinya dan mahal harganya dipasaran. Ia perlu dibelah untuk mendapatkan ini kat dalam. Dulu buahnya pun aku bedal...rasanya agak manis2 kelat. Kalau salah makan bibir gatal....tapi apa kira semua tu...

Ini buah cermai.

Rasanya ramai yang pernah makan buah ni....masamnya ya ampunnnnnnnnnnn. Kalau buat jeruk kurang le masamnya. Kat rumah kita orang dulu ada pokoknya dan dah berbuah tapi jadi mangsa parang panjang arwah abah.a

 Ini buah sukun.

 Ini pun ramai yang tahu. Kalau nak beli buah sukun....jangan beli yang warna hijau muda bersih., Itu tandanya buah muda. Kita kena pilih yang warnanya hijau tua dan banyak jalur2 getah hitam di buahnya. Itu tandanya cukup tua. Kalau digoreng panas2...kena teh "O" petang2....hujan2...terangkat beb...

Ini buah durian belanda.

Buah ni sekarang ada harga dan dah dikomersilkan. Buat jus...kalau kat pasar malam pun airnya harganya lebih 20 sen. Kalau dah masak rasanya memang manis. Yang belum masak boleh digoreng rasa cam buah sukun.

Yang ni dah tau kan....minjo...

Bila tengok buah-buah primitif/nadir ni memang teringat zaman kanak2...dan anak2 zaman sekarang mungkin ramai yang tak pernah tengok...apa lagi merasainya. Inilah sahaja n3 geografi kali ini...



7 ulasan:

  1. Banyak-banyak kat sini kan Cikgu Bahreyn, saya tetap suka Jambu Bol. Teringat bagaimana kami makan pucuk daunnya dengan garam. Macam sedap sangat masa tu.

    BalasPadam
  2. Msom...sebenarnya kita orang pun makan pucuk muda daun jambu bol ni tapi malu nak tulis...daif.

    BalasPadam
  3. ko lupa ye kwn baik engko "entet" n "ana sadimin".hi, jambu mawar yg wangi tu sedapnya.mmng betul selalu main ambik je kat umah Asan Blondo tu.Halalkan ye wak asan.Jambu berteh putih tak de gambar ke.Ya ampun...kat mane ler nak dapat jembu berteh lg ye.Sekarang jambu air yg cam kat rumah embah saliah pun makin pupus...

    BalasPadam
  4. kah kah kah.... aku baca bukan fokus kat nama buah2 primitif tu, tapi nama2 kawan ko yang prinitif giler...kalau lah sekarang ni ada nama2 cam tu aku ingat tertongging terbalik, orang gelak menyebutnya.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Gambar buah yang keenam yang Cikgu namakan letup-letup @ cimpluan itu, di benua Amerika Selatan, disebut tomatillo. Buah ini banyak kegunaannya, dibuat sayur, diblend kemudian dimasak dengan ikan yang telah digoreng. Malah ada yang dikalengkan.

    Kalau ditanya kepada Wak Google, ini jawapannya: http://www.google.com.my/images?hl=en&biw=1009&bih=539&gbv=2&tbs=isch%3A1&sa=1&q=tomatillo&aq=f&aqi=g10&aql=&oq=&gs_rfai=

    Catatan terdahulu terdapat kesilapan.

    BalasPadam
  7. salam...mintak izin copy pic buah cermai ye..nice blog..nnti free nak tawaf semua n3

    BalasPadam