Sabtu, 24 Oktober 2009

PROGRAM RAKAN MUDA

Hari 24 Oktober 2009, aku sebagai Pen. Kanan Kokurikulum telah merancang satu program tajaan Rakan Muda. Sekolah ni dah jadi tempat untuk agensi kerajaan dan swasta menjalankan khidmat sosial ( so sial ). Kononnya ingin bersama-sama mendekati masyarakat namun yang menjadi pelaksana adalah guru-guru di sekolah. Sudahlah pelbagai program dari Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah tertumpu ke sekolah, agensi lain pun nak bertumpu ke sekolah. Antara agensi kerajaan yang ada MOU dengan KPM ialah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, LHDN, Kem. Pelancongan, Kem. Belia & Sukan, dan banyak lagilah...
Mau tak mau dalam keadaan paksa rela terpaksalah aku mengarahkan guru-guru untuk melaksanakan program ini.
Pukul 7.15 aku dah sampai ke sekolah. Harith dah aku hantar ke taska. Mula-mula aku kumpulkan murid-murid kad Dataran Harmoni ( tapak perhimpunan) untuk aku bagi taklimat mengenai program hari ini. Selepas itu aku arahkan mereka ke tempat aktiviti dijalankan. Beberapa aktiviti yang aku buat seperti pertandingan fitsal, bola jaring, bola keranjang, dart, congkak, dam haji, pertandingan membuat salad dan sandvic dan pertandingan karaoke. Ramai juga murid yang berminat mengambil bahagian.Inilah banner untuk program rakan muda... RM120.00 you... tapi duit rakan mudala... aku yang order ajerrr.
Bahan-bahan untuk membuat sandvic dan salad...
ada epal, timun, limau kastiri, cili mayonis dll.

Inilah antara hasil tangan anak murid aku... sedap jugak...
Acara sukan/permainan yang sedang dijalankan iaitu dam haji, bola keranjang, bola jaring dan futsal.


Peserta pertandingan karaoke sedang menyanyi dan di bawah guru-guru yang terlibat.
Mr. Hiew, guru paling veteran sentiasa sporting dan memberi kerjasama. Begitu juga dengan Mr. Manivannan.
Cikgu Zubaidah sedang menyusun hadiah.

Upacara penutup dan penyampaian hadiah.

Acara yang ditunggu-tunggu... jamuan makan tengahari...nasi ayam, honey dew dan oren sunquick.

3 ulasan:

  1. ok apa..program RAKAN MUDA....boleh jadi muda sekejap. Yin , kau jadi Juri karaoke tu macam Juri AF ler...

    BalasPadam
  2. yin, apa motif ngko ambik gambar dari belakang masa orang ambik makanan2....

    BalasPadam
  3. Habis semua yang ambik makanan menghadap depan so dapat ambik gambar dari belakang lerrr...
    Yang ambik gambar bukan aku...

    BalasPadam