Jumaat, 16 Oktober 2009

HUJUNG MINGGU PENGHUJUNG SYAWAL

Bersiap nak keluar nak cari breakfast... beli lagi senang.



Seperti biasa tugas aku cari sarapan pagi kat mana-mana gerai atau restoran... inilah yang aku dapat... Nasi Lemak Telor Goreng untuk Harith, Nasi Baryani Ayam untuk Papa, Mee Hoon Goreng untuk Mama, kueh kuci dan Mee Goreng untuk Harith mentong.


Lepas sarapan nak shopping barang dapur pulak... favorite aku gi econsave... aku memang suka berbelanja dan Tanty tak berapa suka berbelanja... daripada tolong nyapu, mop lantai, cuci baju dan jemur baik aku gi shopping... terbuka minda...

Dulu bila mintak transfer dari Sarawak ke Semenanjung rasa sedih coz tak dapat balik Batu Pahat atau Muar... Kulai entah hapa-hapa punya daerah... rupanya rasa beruntung bila ditempatkan di Kulai. Sekitar rumah aku berdekatan dengan Giants, Tesco, Econsave, stesyen bas, stesyen keretapi dan lain-lain insfrastructure. Kalau aku dulu balik kampung... alahai borringnya... nak gi Muar 20 batu gi Batu Pahat pun 20 batu... ni nak gi JB pun dekat... Kota Tinggi pun dekat. Duk kampung pun orang kampung tak bersatu... Syukur Alhamdulillah.


Ni Pasar Besar Econsave ... barang-barang lebih murah dari kedai Atan. Mana kat kampung ikan parang dapat RM 13.00 sekg. Kat sini dapat. Cili besar... 1 kg baru RM4.oo kalau nasib baik tak sampai RM1.00.



Ingat aku masa kecil dulu du tahun 70-an. Kalau ikut abah gi Pt. Sulong abah bawak RM 50.00 aje dapat macam-macam... beras, bilis, bawang, minyak masak, ikan kering, cili kering, ikan tamban sadin dan pelbagai barangan dapur. Dapat lagi makan roti prata dengan kari daging serta cendol kat kedai Musa... sedapnya. Pagi ni aku cuma beli pencuci baju dua botol, telur 1 tray, udang, sotong, ikan bawal, ayam, mee cintan, sabun mandi, ubat gigi, mee kuning tak cukup RM100.00. Tengoklah suku troli aje...
Tengahari ni kita orang tak makan nasi coz petang dah ada open house so Tanty goreng sosej dan makan dengan roti... sedap gak lagipun kita orang breajfast lewat so kenyang lagi.


Inilah rumah Cikgu Hamzah... kawan karib kita orang sejak bujang sampai sekarang. Isterinya Cikgu Hazira juga rakan baik kita orang. Seronok sakan sebab raya tahun ni dapat duduk rumah
baru yang perabotnya disponsor sepenuhnya oleh Court Mamoth... menang peraduan RM25,000.00. dan IKEA. Macam show house. Dia ni memang luck masuk peraduan... dah berpuluh ribu menang...

Inilah dia host rumah terbuka...Cikgu Hamzah & Cikgu Hazira. Selamat Hari Raya.

2 ulasan:

  1. yin...lupalah aku..orang JB sarapan ngannari beriani yea..itu dah taraf makan tgh ni....

    BalasPadam
  2. Standardla... orang Johor mmg terkenal dgn baryani tidak kira masa... itu pasal Jusmate5 tak berkesan.

    BalasPadam