Khamis, 10 Februari 2011

SEBENARNYA BANYAK KURNIAAN YANG ALLAH SWT ANUGERAHKAN ( Part 3 )

Apakah kenangan lucu, manis dan pahit selama 6 tahun di SK Seri Chantek.... banyak jugak...antaranya aku dipilih untuk berlakon dalam pertandingan lakonan dalam bahasa Inggeris di SK Seri Medan tahun 1973 semasa dalam darjah 3. Beberapa hari berlatih namun aku masih tidak hafal skrip... skrip bahasa Inggeris kau... ingat senang ke... dan akhirnya Cikgu Salim Mardi kata bawak aje skrip dan baca ajelah coz dah tak ada masa lagi. Bila sampai hari pertandingan skrip aku tertinggal dan aku hanya ingat 2-3 baris skrip aje... so present jela...lepas tu bisu kat pentas dan setelah beberapa minit masuk dan duduk. Pergi SK Seri Medan nak kereta Volkswegan Cikgi Mokli. Masa darjah 6 aku pernah jugak dipilih untuk wakil sekolah dalam musabaqah membaca Al-Quran dai SK Tiga Serangkai. Emak abah dan adik beradik tak tau dan pernah aku beritahu sampai kini. Aku pun pelik...kenapa aku yang dipilih... bukan aku bagus sangat baca tapi aku adalah yang terbaik dari ramai2 murid kat Seri Chantek. Dari 7 peserta aku dapat no 6. Pergi bertanding naik Vespa dengan Cikgu Muhamad Salleh. Yang sedihnya pakaian aku...yela baju melayu tu la satu yg warnanya dah tak berapa putih. Pastu tak de samping so Cikgu Sahak pinjamkan samping.  aduhhhh daifnya.

Satu lagi kenangasn yang tak mungkin aku lupakan ialah setiap hari dalam pukul 10.00 Cikgu Mokli akan bagi isyarat ... Bahrin biasa.... agak2 apa yang dimaksudkan biasa? Maksudnya tolong cedukkan air kat perigi dan letak depan tandas sebab dia nak berak... kalau sekarang mau masuk Metro... tapi aku buat jugak dan agaknya itu salah satu berkat aku jadi cikgu hari ini.
Aku pernah jugak mengikuti lawatan sambil belajar ke KL... dan yg aku ingat antara tempat yang dilawati ialah...RTM, muzium, Tasek Perdana, Zoo Negara dan LTAB Subang. Abah bekalkan RM5.00 dan balik masih bawak jajan sate Kajang 7 cucuk RM1.00. Emakkan bekalkan ketupat...sambal kacang dengan ikan tamban masak kicap. Masuk mangkuk tingkat lagi tuuuu....

Apa yang istimewa kat SK Seri Chantek ni ialah bila seminggu lagi nak raya....dah tak belajar dah... hari2 buat ketupat untuk cikgu. Rasanya jarang ada pemantauan dari PPD ke JPNJ. Bila perkhemahan... buat pondok guna daun2 dan rumput2. Budak sekarang tak reti punya. Satu lagi bila hujan pasti tak belajar kerana tempias hujan. Dinding separuh je...

Jawatan yang aku pegang dulu ialah tukang naikkan bendera dan lepas tu tukang baca doa masa perhimpunan.

1 ulasan:

  1. Bila sesekali ada lori ke kereta lalu dpn sekolah, semua murid toleh kebelakang.Jakun kan...cikgu tak leh nk wat apa

    BalasPadam