Jumaat, 11 Februari 2011

SEBENARNYA BANYAK KURNIAAN YANG ALLAH SWT ANUGERAHKAN ( Part 6 )

Tahun 1978 aku naik ke tingkatan 2 dan Alhamdulillah ada peningkatan dari 1A13 ke 2A11...ini bermakna kelas perdagangan kedua terbaik. SAPSP pula aku naik darjah 5... tapi kalau tak kerana arwah abah berkeras suruh aku sekolah,,,mmg aku berhenti kerana tak de kawan nak gi sekolah. Idris anak Salleh berhenti. Aku selalu kena perli bila lalu di pondok Wak Jamat ( dulu dia berniaga nenas di pondok berdekatan rumah Mazlan). Mereka perli aku dengan panggilan ustaz.... yela masih perangai budak2 rasa geku ram gak. Masa darjah 5 ni ada kaki buli dari Parit Pulai. Namanya Abu Hassan....muka bengis dan perangai pun mmg samseng. Suatu hari dia nampak aku pakai cincin akik hijau yang diikat dengan suasa yang abah buat masa Kak Noor sakit dan Nan ubatkan....kononnya batu tu keluar dari mulut Nan semasa dia menurun. Satu batu Kak Nor buat cincin dan satu lagi abah ikat suasa dan aku yang pakai.  Mula2 dia kat nak tengok... dan try kat jari dia.... lepas tu dia cakap " Bagi aku"....aku cakap bagi aku balik tapi dia buat  dont know. Aduh tension aku... tapi aku tak cerita dengan siapa-siapa.

Pada tahun ni juga buat pertama kalinya aku merasai ayam goreng KFC bila aku ke KL dgn Kak Long. Kak Kay yang masa tu dah kerja kat KL belanja aku makan KFC kat OUG. Oleh kerana kali pertama makan aku tak mampu menghabiskan tiga ketul ayam ( dinner plate ). Biasa makan ayam kampung bila makan ayam KFC cam tak sedap...lagi makan dgn sos. ( alahhhh....wong orang kampung ). Gi KL naik bas Hasry Ekspress. Masa tu Kak Nor duduk di Kg Cikgu Jali.

Dalam tahun ini juga Kak Long berkahwin dengan Abang Long dan peristiwa penting keesokkan harinya aku akan disunatkan. Fuyoooo....ngeri wa cakap luuuuuuuuu. Dah 33 tahun berlalu. Aku ingat masa Kak Long kawin Makwe masih duduk kat Parit Pinang Seribu sebab aku yang jemput dia naik kereta Ayob. Aku angkat atok masuk kereta Ayob bersama Ana Suzanna n Ayus.

Pada hujung tahun ini aku ingat lagi aewah abah beli motosikal kapcai 2nd hand dan nombornya mmg aku tak lupa BAG 2323. Aku selalu kena ejek bila jumpa dgn remaja2 Bt 21 masa tu seperti Mos Endan, Aman Endan, Rahim, Jamain Ayob, Maat dan ada beberapa nama yang aku dah lupa. Mereka mendefinasikan BAG dengan pelbagai makna dan antaranya...yg top

Bahrin Amat Gemok
Bapak Aku Gemblong
Bapak Aku Gendeng
Yang paling aku sakit hati ialah Bahrin Anak G***l*k. 

Nak lawan semakin menjadi so buat bodo jela....sambil dia orang ketawa terkekeh-kekek.

Tahun 1979 aku naik ke tingkatan 3A2 dan darjah 6 di SAPSPtg. Tahun ini aku akan menduduki peperiksaan SRP. Abah tetap nak aku teruskan sekolah agama....tapi hati aku 50% je nak belajar dan selalu aku tak datang tapi bukan ponteng. Aku tak sekolah aku balik rumah dengan alasan seluar sekolah agama tertinggal kat rumah. Aku tau hukuman yang bakal menanti...rotan Cikgu Mail Kartubi sebesar jari hantu aku sekarang. Kena kat tapak tangan muai jugak.



Bulan Oktober SRP pun bermula. Subjek yang aku ambil biasala....BM, BI, Geog, Rampaian Sains, Lukisan, Hisab Moden dan Perdagangan. Sejarah dan Agama Islam aku tak ambik. Satu hari dalam perjalanan nak ambik periksa basikal yang aku naiki rosak di perjalanan. Tak salah aku dah sampi rumah Mokhsan. Aku letakkan basikal dan tunggu bas atau teksi. Ditakdirkan lalu Cikgu Nafsiah dengan Vespanya... aku dengan muka tak malu pun tahan....dan dia berhenti. Aku story le kat dia... dan dia ajak aku naik Vespanya sampai sekolah.

Kat depan rumah aku dulu ada padang bola yang dibuat oleh remaja2. Mula2 belukar kemudian ditebas dan dipijak hari2 akhirnya jadi padang bola sepak. Aku memang tak suka dan pandai main bola sepak tapi aku suka tengok kat tepi padang....masalahnya bila pemain tak cukup dia orang paksa aku main... kalau tak  nak main dia suruh aku balik...so mau tak mau main gak dan bila kalah aku kena marah pulak kata tak pandai main...dah menag aku tak reti main.... tapi mana aku berani nak lawan... siMos Endan... sedangkan siLias ditendangnya kerana melawan.

Setiap malam Rabu dua minggu sekali akan diadakan latihan main kompang secara bergilir. Aku memang minat main kompang... dan pasukan kompang Bt 21 merupakan pasukan kompang yang disegani dan sering mendapat undangan untuk mengarak pengantin di kampung lain. Penduduk Spg 3 juga menjemput pasukan kompang mengajar dan bermain di rumah Cikgu Seman.

Dalam tahun ini juga Surau Hj Omar dibina secara gotong royong penduduk kampung... dan tahun ini juga rumah2 penduduk Bt 21 mula diwiring... kerana bekalan elektrik akan disambungkan. Aku ingat kontraktornya bernama Yim...

Selepas SRP kakak ajak aku duduk di rumahnya di Kg Makam hampir 2 minggu. Bila balik kakak bekalkan panadol dan ubat luka.  Sampa hampiri du rumah orang kampung sedang bergotong royong menyiapkan surau. Aku saja tengok2 dia orang dan nasib aku terbelit guntingan zink menyebabkan kaki aku luka 5" panjang biarpun tidak berapa dalam dan rupanya ubat luka yang aku bawak dari rumah Kak Long aku orang pertama menggunakannya.

Sampai ketikanya keputusan SRP pun diumumkan dan aku hanya mampu mendapat kredit 3 untuk Lukisan, 4 untuk BM , 7 untuk Hisab Moden, 8 untuk geog dan 7 untuk rampaian sains....aggregat = 29. Banyaknyeeeeeeeeeeee. BI kantoi.

1 ulasan:

  1. Aku pulak orang2 yg paling digeruni masa zaman persekolahan sahdan pajeri, salam daiman, naim sapari.Sisahdan tu kalau aku balik sekolah naik basikal,potong dia sebab dia jalan kaki dia akan tarik basikal aku.Bila aku marah dia ludah aku.

    BalasPadam