Khamis, 10 Februari 2011

SEBENARNYA BANYAK KURNIAAN YANG ALLAH SWT ANUGERAHKAN ( Part 4 )

....1977 aku naik ke tingkatan 1 di SMDS...dan aku juga naik ke darjah 4 dan bersekolah di Sekolah Agama Parit Sulong Pagi  (SAPSP). Pengetua SMDS masa tu Cikgu Daud Ibrahim dan Guru Besar SAPSP Cikgu Othman Tahir.

Sebelum discreaming diadakan Ujian Diagnostik bagi menentukan kelas dan aliran...dan aku ditempatkan diiii..... ya Allah 1A13 aliran Perdagangan. Kelas terakhir tu. Sebenarnya masa tu ada aliran perdagangan, Seni Perusahaan, Sains Rumahtangga dan Sains Pertanian. Malu jugak bila orang tanya kelas mana...? Tak pe la...

Di SAPSP dari Batu 21 hanya aku dengan Idris Salleh....so pergi dan balik memang saing le.... yang sebaya dengan aku siJijot dengan Jijah Sabtu dah tak sekolah agama dah. Masuk sekolah pukul 8.00 balik kul 10.30 pagi lepas tu balik rumah dan lepas makan tengahari kul 11.30 gi SMDS lak. Naik basikal tuuu.... sehari 16 batu atau 22 km lebih kurang le... 

Prestasi aku bila dah naik tingkatan 1 dan darjah 4 sekolah agama masih maintain cuma kedudukan dalam kelas biasanya lebih 30 ke atas.  Mungkin dulu sekolah rendah saingan kecil tapi bila masuk SM murid datang dari seluruh pelulus Pt Sulong, Air Hitam, Kg2 di Jln PT Jalil, Kg2 di Jln Sgp 3, semuanya bertumpu ke SMDS dan yang bijak pun bertambah ramai. Biarpun no 30 ++ tapi dari segi % masih okK. Yang aku ingat di SAPSP aku pernah dapat nombor 39/70++.

Dulu masa sekolah rendah, hampir semua subjek aku minat terutamanya Hisab Moden ( math ) dan lukisan tapi bila sekolah menengah aku jadi kurang minat dengan hisab moden. Faktornya ialah aku dah keliru dengan pelbagai formula, sin, kosain, tenjen dan entah apa lagi. Aku suka campur, tola, kali, bahagi dan aku mahir. Sifir pun aku lancar dari sifir 1 - 12.

Ada satu peristiwa memalukan semasa kau di kelas 1A13.  Suatu petang seorang murid perempuan (adik Hj. Seni namanya Marsila ) beritahu aku.... apa yang dia beritahu.... alah malu la nak cerita....errrrrrrrrrrrrr....malu la....ok la... inilah ayatnya. "Bahrin...Norlela kata seluar awak koyak dan nampak k*n*k awak". Pehhhhhhhhh.... malunya  aku terus katup kaki. Aku rasa ramai lagi budak yang nampak. Adussssssss......... masa tingkatan 1 aku memang belum masuk jawi... dan memang tak ada seluar dalam. Dapat tengok wayang free la dia orang. Tingkatan 1-2 aku masih pakai seluar pendek warna pa exxxx...lupa yang aku ingat tingkatan 3 baru seluar warna hijau.

Kalau kat rumah sebenarnya aku masih selalu b*g*l kalau mandi dari bilik air sampai rumah. Kadang2 kalau mandi kar parit depan pun aku b*o*l lari lintas jalanraya. Kalau melepas kat pokok kelapa pun sama gak. Aku memang tak sanggup nak masuk tandas yang dindingnya atap dan kalau dah runtuh ditanam pokok pandan sebagai pelindung. Daif... tak salah aku abah buat tandas siram bila kak long dah kahwin dgn abang long. Kalau malam biasanya kat titi jela.... kelako betul. Tapi ada cerita lucu kat sini...Mamamiraki nak elak gi sekolah dia konon nak b***k tapi sebenarnya dia baling batu kat air. Wakakakakaka .....

1 ulasan: