Isnin, 14 Februari 2011

SEBENARNYA BANYAK KURNIAAN YANG ALLAH SWT ANUGERAHKAN ( Part 9 )

Dalam tak ada arah tuju Kak Long mencadangkan aku suapaya belajar menaip kerana ia satu kemahiran yang berguna. Kak Long sponsor yuran tiap bulan tak silap aku RM30 ke RM40 masa tu kira besar nilainya. Terima kasih kak. Tempat belajarnya berdekatan kedai Peladang tapi sekarang dah tak de. Nama dia Institut Menaip & Trengkas cawangan Parit Sulong. Tenaga pengajarnya Cikgu Munah/Maimunah pemilik Pustaka Damai depan panggung wayang. Wow...dulu baris kedai ni ada peniaga sate namanya Yaakob pekerja Telekom. Anaknya kawan aku namanya Zainal denganrnya menjadi doktor di Hospital Batu Pahat. Satenya memang sedap. 
Berbalik kepada kelas menaip aku... pelajar yang lain semuanya perempuan kecuali aku. Pada masa yang sama aku ada membuat rayuan ke form six. Aku belajar menaip hampir 6-7 bulan dan dah ada kemahiran sikit2 le... tak sampai ambik periksa coz suatu hari Aziz ( orang panggil JCB sebab tangan dia cacat ) anak angkat Hamzah mempelawa aku untuk bekerja di Ladang Ternakan Ayam Leong Hup cawangan Klemak Lama, Alor Gajah. Dia nak bawak aku dgn Limin Wak Selamet. Aku pun pujuk arwah abah dan mak agar membenarkan aku pergi. Mula2 memang keberatan tapi akhirnya mereka benarkan. So bermulalah episod pekerja kilang ayam bahasa senangnya. Mula2 aku ditawarkan gaji RM300.00 sebulan tapi bila mereka tahu aku SPM pangkat 2 dia naikan lagi RM50.00 jadi RM350.00. Ladang ternakan ayam ni terletak di bawah kebun getah. Mereka memberi tempat tinggal berupa pondok papan yang dindingnya jarang2 tapi ok la... cara makan kami bergilir memasak. Ada 4 orang pekerja iaitu Aziz, Limin, Aku dan Supercisor Cina Lian Ah Boon orang Muar. Aku memang tetap buat sarapan hari2 coz aku bangun awal. Bukan nak kata aku ni alim tapi hanya aku sorang yang sembahyang... dan aku pun tak nak tegur2 la... antara 4 orang akulah yang paling terror memasak dan mereka memang memuji masakan aku ( bukan bodek ye... ) dah memang realitinya. Yang istimewanya kalau nak makan ayam main tangkap jerr... nak telor itek ambik jerrr... yang lain kena beli la...

Tugas aku pagi kutip telor itek dan basuh. Kemudian bagi ayam itek makan. Petang kena gemburkan habuk kayu tempat ayam tinggal supaya tak lembap.. Sebelum malam kena pasang lampu dan kipas. Masa tu guna generator. SEminggu sekali lori datang nak ambik ayam. Usia ayam yang kita beli kat pasar tu kalau tak silap aku tak sampai 2 bulan... atau 40 hari tak silap aku. Aku dah lupa... kalau lebih harinya kos akan meningkat so dalam masa yang ditentukan kena jual. So kita orang kena tangkap la letak 8 ekor satu bakul 4 segi.

Antara kenangan yang tak dapat aku lupakan ialah pada masa tu kecoh pasal hantu kum...kum... ada yang kata dah sampai Melaka. Aduhhhhh takutnya bila malam menjelma dengan dinding yang tak rapat.

Yang kedua tandas cuma tandas lubang dan aku takut nak b***k kat situ takut terjatuh ke bawah so tiap pagi kena cari surat khabar.... korang kreate lah sambungan cite surat khabar ni...takut korang geli.

Yang ketiga ni memang buat aku kecut perut.... kisahnya si Aziz dgn ada sorang budak Melaka ni hisap ganja...istilahnya "dam"... so dia buat peralatan dari botol, pelepah betik dan timah rokok. Mula2 pangkal pelepas dikorek untuk letak timah sebagai alas. Pelepah betik ni dimasukkan dalam botol berisi air. Ganja tadi digaul dengan tembakau rokok pastu letak kat pangkal pelepah betik yang telah diletak timah rokok. Orang yang nak hisap akan sedut dari mulut botol dan sorang tukang cucuh api pada ganja tadi. Bunyi le air dalam botol...plup...plup...plup... dan hisap bergilir-gilir dua orang sampai habis. Rupanya orang hisap ganja lepas hisap akan rasa lapar yang amat.Beberapa hari lepas tu pondok tempat kami tinggal didatangi oleh dua orang polis. Aduhhhh...dia orang tak buang pulak peralatan tu... ini kalau ternampak mau dengan aku2 sekali kena sumbat dalam lokap. Apa nak jawab dgn abah ngan mak....Aku berdoalah dalam hati semoga polis tu tak nampak. Alhamdulillah syukur rupanya polis tu nak tanya alamat rumah seseorang...pastu dia blah...Alhamdulillah ...lega.

Diam tak diam dah sebulan lebih aku kerja kat sini. Dulu tak de telefon kat rumah kampung...so apa2 kena tulis surat. Kat sini adala....

Dalam bulan Oktober 1993 aku terima surat dari kampung...dah tak ingat siapa yang tulis. Rayuan aku ke form six diterima dan aku kena mendaftar ke SDBL. Hati aku dah berbelah bahagi dan aku juga dapat temuduga kerani di Majlis Daerah Kluang. Nak sambung belajar ke tidak... dan beberapa hari lepas tu dapat surat dari Kak Long dan menyuruh aku agar berhenti kerja dan sambung form six... dan ayat power dia yang aku tak berani nak lawan "Kalau ko sayang akak ko berhenti kerja dan sambung belajar...". Mau tak mau aku pun buat surat berhenti kerja... balik kampung dan beberapa hari lepas tu daftar form six kar SDBL. Kawan2 aku yang sama2 kat SMDS dan Upper Six. Aku baru masuk.... dan dalam kelas tu yang aku kenal anak Saion teksi. Orang yang pertama tegur dan berkenalan dengan aku ialah Suhaimi Ali dan sampai sekarang aku baik dengan dia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan