Sabtu, 12 Februari 2011

SEBENARNYA BANYAK KURNIAAN YANG ALLAH SWT ANUGERAHKAN ( Part 8 )

Tahun 1981 merupakan tahun yang akan menentukan masa depan aku. Tahun ni aku akan menduduki peperiksaan SPM. Walau pun aku tahun tahun ni tahun yang amat penting tapi aku seperti tidak membuat persediaan yang mencukupi. Aku bukan kaki study. Aku tak pandai belajar secar study group. Aku hanya belajar ikut cara aku. Aku pun tidak merasa gentar atau takut kalau gagal. Dalam kepala dapat pangkat 3 pun ok la sekurang-kurangnya aku tak akan mengulang di sekolah yang sama. Dalam peperiksaan penggal dan percubaan aku selalu gagal walau pun untuk mendapat pangkat 3. Aku tiada motivasi untuk belajar... senang cakap pandai2 aku la... arwah abah dan mak memangla nak aku berjaya tapi dalam family tak sesiapa untuk dijadikan bench-mark aku. Cita-cita aku sebenarnya hanya untuk menjadi "kerani" atau bahasa sekarang dipanggil "pembantu tadbir". Bagi aku dapat jadi kerani cam Hjh S kakak aku pun dah ok... boleh gak duduk KL... pakaian pun kira cantik2 gak. Aku ingat sangat gred jawatan tu ialah C11 dan gaji permulaan RM370.00. Bagi aku ok apa...tengok jiran kanan kiri pun tak ada yang boleh dicontohi. SRP pun dia orang tak lepas... aku kira terror apa... lepas SRP sekali je... ( bangga tu )

Hari peperiksaan SPM tiba jua... dan aku pun jawab la apa yang aku tau...sampai le tamat semua subjek yang aku ambil. Selepas SPM cam biasala tolong abah mana yang aku larat... menebas, petik buah nenas, petik buah kelapa, kutip getah beku dan sebagainya. Kerja yang aku suka petik buah nenas atau petik kelapa... sebab dapat upah singgit ke dua hinggit. Aku pun sudah boleh diberi kepercayaan kalau Jamalian Musa order kelapa. Dari kait kelapa, kumpul, selumbat ( kopek le ) dan hantar aku buat one man show.... tapi kan sebiji cuma 15 - 20 sen sebiji. Kalau dapat RM 15 ke 20... dapat le aku RM5.00. Ok tu boleh tengok wayang kat panggung Parit Sulong. ( sekarang dah jadi kedai perabut )

April 1982 keputusan SPM pun diumumkan. Aku tak rasa gelisah pun coz aku dah agak keputusannya bagaimana. Alahhhhh.... kakak2 aku pun fail gak so tak kisah sangat. ( memang tak ada motivasi ). Idris anak Salleh dah ambil awal2 lagi coz dia memang pandai. Dia dapat pangkat satu dengan 14 agregat. Sampai tengahari aku tak ambik lagi result... abah dah bising suruh ambil keputusan ( ye la abah memang berharap anaknya berjaya ). Aku cakap dgn abah petang nanti sekali ambik Mummy Gee balik dari sekolah agama.... pukul 3.00 aku pun gi SMDS naik moto  kapcai abah... yang kat office masa tu ada Cikgu Masaod Kornain... so aku cakap le nak ambil keputusan... dan dia tanya angka giliran. Pastu di ambik selai...dan dia tengok..."Berapa agak2 keputusan awak?"....so jadi suspen pulak. "Tak tau la cikgu". Dia pun hulur tangan..."Tahniah...awak dapat pangkat 2". Haaaa.... biar betul. Dia pun bagi slip keputusan. Bila aku tengok memang betul dapat pangkat 2. YaAllah... betul ke mimpi ni....Alhamdulillah... sungguh tak disangka...cempedak dan jadi nangka... aku jalan macam tak jejak tanah. Aku pun terus naik moto kerana nak ambil Mummy Gee. Aku ni memang pendengki... saja nak suruh Mummy Gee jalan dari sekolah  sampai Pt Raja Ahmad ( PT Jambi ) ... dgn alasan jalan lecak. Bila dia sampai kita orang pun balik rumah.... aku buat muka selamba je... masa tu kat surau ada belajar memasak KEMAS...Amok yang ngajar.  Mama Janet antara pesertanya... dan kebetulan Mama Janet yang tanya dulu..."Dapat berapa....?" ....dengan selamba "Alah 2 je..."....."Bohong la kau...!" Mama Janet pun tak sangka aku dapat pangkat. Lepas tu abah dan mak pun tanya dan aku cakap le sebetulnya. Sukanya dia orang. Masa tu Kak Long balik kampung... dan bila tahu aku dapat pangkat 2...on the spot dia hulur RM50.00. Besar tu RM50.00 masa tu.... Adik ipar dia pun ambik SPM gak cam aku tapi dia memang otak bagus...memang dapat pangkat 1.

Keputusan aku:
BM 5, Agama Islam 5, Prinsip Akaun 5, Perdagangan 4, Lukisan 2, Rampaian Sains 7 dan Geografi 8. Hisab Moden dgn BI....huhuhu....F9. Agregat 29.
Time tu aku pun tak tau apa aku nak buat.... dia orang ramai yang dah beli borang U. Aku blank "0"... aku cuma mintak borang UPM... kononnya dari kefahaman aku itu U yang paling rendah. Dulu tak de lagi UPU. Tak ada siapa membimbing... kira pandai2 aku le... teruk betul. Tunggu punya tunggu jawapan gagal. Murid2 yang layak ke form six pun dah dipanggil tapi nama aku tak tersenarai...disebabkan result aku tak cukup group...so dapat pangkat 2 tapi tak kemana. Sedih dan malu gak le...
Bila dah tak kemana-mana so aktiviti aku tolong abah le... dan hobi aku selepas tolong abah aku akan memerap di surau... ( bukan berzikir atau ikhtikaf atau sembahyang sunat ) tapi melukis dan mewarna. Biasa la... gambar yang aku lukis ialah gambar kereta. Aku akuila... lukisan aku memang kira cantik la... tapi masalahnya arwah abah tak suka aku melukis... dia kata membuang masa sebab tu aku melukis kat surau... dan nanti bila arwah mak dah siap masak...dia panggil aku la...Rinnnnnnnnnnnnn...balik mangan! ( aduh rindunya ngan awrah mak dan abah )... apa aje  arwah masak...pasti sedap walaupun sekadar tumis betik muda denga ikan masin...tetap 2 pinggan... ikutkan selera nak tambah lagi.

Satu hari Ayon ajak aku kerja kontrek kat Batu Pahat. Aku beritahulah abah hasrat aku nak kerja kontrek... mula2 dia cam tak bagi tapi bila aku mendesak dia pun benarkan. Pergi kerja ni kadang2 naik bas, teksi atau naik motorsikal. Gajinya tak le besar mana cuma RM13.00 sehari dari pukul 8.00 pagi sampai 5.00 petang. Arwah emak selalu masakkan aku nasi berlaukkan sambal telor. Bawak 2 botol air jarang/masak. Pengalaman aku bersama rakan2 pekerja yang lain ialah tiada siapa pun yang sembahyang zuhor... 

Pengalaman yang tak dapat aku lupakan ialah terpaksa berjalan dari tapak pembunaan berdekatan Sekolah Convent sampai hampir Tongkang Pecah. Bila Weet anak Wak Moh join kita orang, aku tumpang moto scrambler dia. Bayar le duit minyak RM2.00 sehari. Nak jadi cerita satu hari dia kata nak balik tengahari coz ada hal dan dia kat aku tumpang Kupri la anak Wak Usop Petrok. Aku kata ye la ... aku tak terus cakap dengan Kupri... aku rasa masa nak balik nanti la aku cakap. Selepas pukul 5.00 ptg aku pun berkemas-kemas tukar baju dan menuju ke tempat dia orang letak motosikal dan lanagkah terkezutnya kau dia orang dah tak ada. Adussssssssssssss.... cam ne ni. Duit kat poket memang tak ada dan isi minyak moto Weet pagi tadi...so tak ada pilihan lain, aku pun mula melangkah. Langkah demi langkah dan bila sampai lepas Tasek Merdeka berselisih dengan Mail Wak Dollah yang masa tu dia bawak teksi. Dia hon aku dan meneruskan perjalanan ke Batu Pahat. Aku pun terus berjalan bila tiba2 terdengar bunyi hon. Rupanya Mail Wak Dollah. Ada 3 orang pemumpang akn dia suruh aku masuk. Aku pun masukla... dalam hati cam mana nak explain kat Mail bila turun teksi nanti....ahhhhhhhhh... yang penting aku tidak menapak sampai rumah. Masa tu pun lum ada telefon rumah. Sampai rumah tinggal aku sorang coz yang lain dah turun kat Pt Sulong. Aku pun explain kat dia masalah aku... dan aku janji esok aku bayar tambang. Dia cakap tak pela,,,esok lusa pun tak apa... Aku rasa arwah abah n mak tak tau cerita ni... entahla... aku ada cerita ke tak.

Pengalaman kedua aku jatuh bangunan satu tingkat. Tugas aku masa tu ialah bawa kereta sorong berisi konkrit melalui laluan bim atau papan selebar 8-10" sebagai laluan. Walau pun masa tu badan aku tak macam sekarang tapi kategori heavyweight gak le... aku aku beranikan diri. Suatu pagi sedang aku melalui laluan papan tiba2 papan tu patah.  Aku jatuh bersama kereta sorong. Nasib baik kereta sorong jatuh dulu... kalau aku yang jatuh dulu...tak tau nak cerita. Aku jatuh secara berdiri. Nasib baik gak tak ada paku ke benda2 tajam kat bawah. Lepas tu tokeh "kepala" kata kita stop hari ini... dia kata takut suey ( alamat tak baik ) so kita orang kemas dan salin baju terus balik. Esok kerja lagi tapi aku bahagian bancuh konkrit . Cangkul batu masuk pongkis dan masuk dalam mixer + simen + pasir dan air.

Satu lagi cerita ialah hasrat tak tercapai nak gi Gunung Ledang. Satu hari selepas hari gaji aku dengan Idris Salleh nak berkelah ke gunung Ledang. Ini mungkin kali kedua aku nak ke gunung Ledang cos sebelum ni aku dah gi dgn Kak Mah, Kak Kay, Mama Janet dan Fanamizi.ku  Pagi2 lagi aku ngan Idris ke Muar naik kereta Wak Rason. Sampai Muar kena gi stesyen bas yg dekat tanjung. Dalam perjalanan baru aku perasan dompet aku tak ada. Aku rasa tercicir kat teksi Wak Rason so kita orang balik semula ke stesyen bas Yong Peng tapi teksi Wak Rason dah tak ada... aku rasa dah balik ke PS semula so kita orang ambik teksi dan bali ke PS. Sampai PS dah memang rezeki nampak kereta Wak Rason dan kita orang tanya pasal dompet aku. Dia kata ini ke? Alhamdulillah jumpa...pastu tengok jam dah dekat pukul 10.00 pagi. Nak gi Gunung Ledang dah terlewat....nak balik takut kena gelak so kita orang naik bas gi Batu Pahat. Lepas tu naik bas bandaran gi Minyak Beku. .. so dari nak mandi kat G. Ledang.... mandi je la kat Mintak Beku...janji ada bukti baju basah.
Wakakakakaka.....

Bila tiba bulan puasa arwah abah tak benarkan aku kerja coz dapat RM13.00 tapi hilang puasa ngan solat zuhor... aku tak keja la...

7 ulasan:

  1. Sungguh mengharukan cerita Tuan ini.
    Ini kira Memoir Seorang Pejuang.

    BalasPadam
  2. Suka2 cite... untuk keseronokan diri sendiri. Kalau sudi membaca terima kasih...tak ada yang istimewa cuma sekadar coretan pengalaman hidup.

    BalasPadam
  3. Kerja kontrek kau dpt gaji aku mintak belikan selipar bata n hadiah kawin kawan aku kt bt 22.Oh sadisnya..

    BalasPadam
  4. Tak sangka org yg kerja kontrek satu ketika dulu kini telah memandu Toyota Vish.

    BalasPadam
  5. Kesusahan dan kepayahan menjadikan kita tidak lupa pada asal-usul kita... jauh sekali dan menyombong diri...kerana semuanya adalah pinjam-pinjaman.

    BalasPadam
  6. agaknya kalau dulu ada rancangan BERSAMAMU...kompom kuar tv ni kan..hehehehhe ..kenapa ye..dulu susah2cam ni pun orang tak ada merayu2 bantuan mintak itu ini..semuakita usaha sendiri. Orang sekarang ni ajae agak manja...hanya tunggu bantuan tiba didepan mata...kudrat ada...tapi hanya duduk tunggu bantuan...

    BalasPadam
  7. AsSalam..

    Sedang melihat dikeseluruhan website atau blog amat baik dan menarik. jika tidak silap perhitungan ini anda ada menyertai pergambaran iklan dalam TV3 pada tahun 1994 sedang menarik tali dalam satu temasya.

    Wajah tampak matang dan agak serius tetapi seorang yang penyayang tampaknya. Semoga berbahagia selamanya.

    Dari,
    KluangMan @ Mohd.Ali bin Sabilan

    BalasPadam